Sabtu, 21 Mei 2011

Tentang Kamen Rider Kiva


Dua puluh tahun selepas kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai  tinggal di sebuah rumah usang di mana dia ditakdirkan sebagai Kamen Rider Kiva untuk bertarung dengan Puak Fangire yang pernah bertarung dengan bapanya beberapa tahun dulu sebelum menghilangkan diri. Wataru juga terpaksa menghadapi cabaran daripada satu lagi Kamen Rider dalam siri ini yang dikenali sebagai Kamen Rider Ixa (Kamen Rider Ikusa)  yang juga merupakan salah seorang ahli daripada sebuah organisasi yang memburu Fangire. Kisah dalam siri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu cerita Wataru pada masa sekarang (2008) dan cerita ayahnya iaitu Otoya Kurenai pada masa lepas (1986), dan membongkar secara perlahan kisah di sebalik kaitan antara Puak Fangire dengan Kiva.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan