Sabtu, 21 Mei 2011

Tentang Kamen Rider W


Di bandar raya Futo  yang penduduknya amat mementingkan kesedaran alam sekitar, terdapat banyak kincir angin manakala penduduknya hidup dalam keadaan harmoni. Namun demikian, Keluarga Sonozaki menjual peranti misteri menyerupai pemacu kilat USB dipanggil Gaia Memory kepada penjenayah serta pihak yang berminat menggunakannya untuk menjadi raksasa yang digelar Dopant, yang kemudiannya bermaharajalela sehinggakan pihak polis tidak berupaya menangani mereka. Lebih teruk lagi, Gaia Memory yang digunakan menghabiskan lebih banyak kuasa daripada sepatutnya, sehingga ke tahap penggunanya boleh mati akibat penggunaan peranti yang membahayakan nyawa itu. Selepas kematian bosnya, detektif Shotaro Hidari yang tampak bergaya (atau sekadar separuh masak) bekerja dengan Philip yang misteri, yang memiliki Gaia Memory sebenar. Menggunakan Gaia Memory mereka sendiri, Shotaro dan Philip menggunakan tali pinggang Double Driver (Pemacu Berkembar) untuk bertukar dan bergabung sebagai Kamen Rider Double untuk memerangi Dopant. Sedang perjuangan mereka turut disertai pegawai penyiasat bernama Ryu Terui, yang bertukar kepada Kamen Rider Accel, misteri kisah silam Philip serta hubungannya dengan Keluarga Sonozaki serta sindiket Museum mereka turut didedahkan pada lewat siri ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan