Isnin, 23 Mei 2011

Tentang Kamen Rider Accel


Ryu Terui,ialah seorang superintenden yang dihantar ke Bahagian Siasatan Jenayah Paranormal (Chojo Hanzai Sosaka), Jabatan Polis Futo, serta merupakan pegawai atasan bagi Jinno dan Makura. Selepas bertemu dengan seorang wanita misteri yang dikenali sebagai Shroud sebaik tiba di Futo, Terui memperoleh keupayaan untuk bertukar sebagai Kamen Rider Accel. Tidak seperti Shotaro yang mahu melindungi Futo kerana sayangkan bandar raya tersebut, Terui membenci Futo dan menganggapnya sebagai sarang penjenayah. Tanggapan tersebut adalah hasil daripada pembunuhan kesemua ahli keluarganya semasa dia masih menuntut di akademi polis. Sungguhpun demikian, dia bekerjasama dengan Shotaro dan Philip semasa menyiasat gelombang jenayah Dopant serta berlawan bersama-sama Double. Melalui pertemuannya dengan Shroud, Ryu berupaya memburu pemilik W Memory sebagai Accel. Dia sering berkata "Baik, mari hancurkannya!" semasa bertukar ke bentuk Ridernya dan berkata "Kesedihan menanti kau di penghujung!" serta "Itulah masa yang tinggal sebelum kesedihan kau!", sebagai Accel Trial, semasa melaksanakan serangan Maximum Drive. Setelah dia memperoleh Trial Memory daripada Shroud serta belajar menggunakannya, Terui akhirnya berjaya membalas dendam terhadap Weather Dopant, dengan menggunakan Trial Maximum Drive untuk memusnahkan Gaia Memory Isaka, di mana selepas itu Isaka "terlarut" akibat terlalu banyak menyalahgunakan Gaia Memory.

Seperti Kamen Rider Double, Ryu Terui bertukar menjadi Kamen Rider Accel melalui penggunaan pemacu kilat USB yang dikenali sebagai Gaia Memori. Walau bagaimanapun, Accel hanya mempunyai satu sahaja penjelmaan apabila dia memasukkan Accel Memory ke dalam AccelDriver. Serangan Maximum Drivenya ialah Accel Glanzer , iaitu selepas mengecas kuasanya sehingga ke tahap badan Accel diselubungi api berwarna jingga, dia melompat dan melakukan tendangan tumit berputar yang melepaskan tenaga dalam bentuk kesan bunga tayar.

BikeForm

Penggunaan kuasa Accel Memory membolehkan Kamen Rider Accel bertukar ke bentuk seakan motosikal dikenali sebagai BikeForm . Bentuk ini dicapai dengan menanggalkan kepala tali pinggang AccelDriver semasa Face Flasher  menyala dan setelah bertukar, ia membolehkan Kamen Rider Accel mencapai kelajuan 920 km/j.Bike Form juga bleh digabungkan dengan beberapa unit Kamen Rider Double seperti Boilder, Turbuler, atau Splasher untuk menjadi AccelBoilder AkuseruBoiruda,Start Dash Mode), AccelTurbuler,atau AccelSplasher.

Accel Trial
Kamen Rider Accel Trial  adalah bentuk Kamen Rider Accel yang lebih berkuasa. Ia lebih pantas daripada bentuk biasa Accel, tetapi ia menyebabkan kuasa pertahanan serta kuasa keseluruhannya pula menjadi lebih lemah. Ia menutup kelemahannya itu dengan keupayaannya untuk menumbuk dan menendang jauh lebih pantas, di samping meningkatkan kelajuan pergerakannya (berlari, mengelak dsb.) pada satu tahap. Sebaik Maximum Drive diaktifkan, Accel Trial hanya boleh digunakan selama 10 saat lagi sebelum memaksa penggunanya kembali ke bentuk manusia asal, tetapi transformasinya dikekalkan sekiranya dia berjaya melaksanakan Trial Maximum Drive dalam masa kurang 10 saat.Maximum Drive bagi bentuk ini ialah Machine Gun Spike Rider Kick, iaitu satu siri tendangan bertubi-tubi yang meninggalkan kesan tenaga berbentuk huruf T. Kuasa Maximum Drive ini hanya dihadkan oleh berapa banyak tendangan yang berjaya dilakukan oleh Accel Trial dalam masa kurang 10 saat. Motif Accel Trial termasuklah motosikal motocross off-road.

Peralatan

[sunting]AccelDriver

Accel Driver merupakan tali pinggang pertukaran Kamen Rider Accel. Ia merupakan Memory Driver generasi ketiga yang diberikan kepada Ryu Terui oleh seorang wanita misteri yang hanya dikenali sebagai "Shroud". AccelDriver menyerupai hendal motosikal. Dengan memasukkan Accel Memory ke dalam Mono Slot  serta memulas Power Throttle  di bahagian kiri hendal, Ryu bertukar kepada Kamen Rider Accel. Dengan memicit Maximum Clutch Lever  di bahagian kiri hendal serta memulas Power Throttle, Kamen Rider Accel mengaktifkan serangan Maximum Drive.

Gaia Memory


Seperti Kamen Rider Double, Kamen Rider Accel turut memiliki set Gaia Memory tersendiri. Jika dibandingkan dengan Gaia Memory Dopant, Gaia Memory Accel mempunyai penampilan yang lebih baik, sesuatu yang dianggap oleh Shinkuro Isaka sebagai petanda kuasanya yang dihadkan.
  • Accel Memory: Accel Memory, atau Ingatan Pecutan,merupakan Gaia Memory utama Kamen Rider Accel. Ia membolehkan Terui bertukar kepada Kamen Rider Accel serta mencapai serangan Maximum Drive utamanya, di samping membolehkannya bertukar kepada BikeForm.
  • Engine Memory: Engine Memory merupakan Gaia Memory yang memberikan EngineBlade pelbagai jenis kuasa. Walau bagaimanapun, ia bukanlah Gaia Memory sebenar, dan kuasanya dipautkan pada kuasa Accel Memory. Ia membolehkannya untuk memiliki lebih daripada satu keupayaan, setiap satunya berasaskan jenis enjin yang berbeza: Steam , yang menghasilkan kepulan wap tebal; Jet, yang membolehkan EngineBlade untuk melancarkan pancungan berkuasa jet ataupun menghasilkan gelombang tenaga berbilah; dan Electric, yang membolehkan EngineBlade menghasilkan pancungan berkuasa elektrik ataupun mengujakan panahan kilat elektrik.
  • Cyclone Memory: Ryu meminjam sementara Cyclone Memory Philip untuk berlawan dengan Weather Dopant. Apabila dimasukkan ke dalam Engine Blade, ia membolehkan Kamen Rider Accel melaksanakan serangan Maximum Drive berkuasa angin yang cukup kuat untuk menerbangkan Weather Dopant. 
  • Trial Memory

    Maximum Counter Trial Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Cabaran, merupakan Gaia Memory khas yang membolehkan Kamen Rider Accel untuk menjadi Kamen Rider Accel Trial. Sementara dalam Mod Ingatan,Trial Memory membolehkan Accel untuk bertukar; penjelmaan akan lengkap sebaik cahaya Trans-Signal yang menyerupai lampu isyarat bertukar dari merah ke biru (dengan bunyi kiraan masa 3 saat). Semasa dalam Maximum Mode yang menyerupai jam randik, sebaik butang pemasa Maximum Switch ditekan, Accel Trial mempunyai masa 10 saat untuk melakukan seberapa banyak tendangan yang dapat dilakukan sebelum menekan Maximum Switch sekali lagi untuk mengaktifkan Maximum Drive. Jika Maximum Switch tidak ditekan dalam masa 10 saat, serangan Maximum Drive akan gagal dan penjelmaan Accel dipaksa untuk kembali ke bentuk asal. Untuk menangani keadaan sedemikian, Accel biasanya melambung Trial Memory tinggi ke udara sebagi Maximum Drive bermula, menekan Maximum Switch sebaik sahaja ia ditangkap dan mengisytiharkan masa yang dicatat.

    [sunting]EngineBlade

    EngineBlade serupakan senjata utama Kamen Rider Accel. Senjata tersebut boleh mengekalkan rupanya di luar pertukaran Accel, walaupun ia sangat berat. Melalui penggunaan Engine Memory, Kamen Rider Accel boleh menggunakan beberapa serangan unsur EngineBlade yang berbeza dengan menarik picu. Ia juga membolehkan Accel melancarkan dua serangan Maximum Drive berbeza dengan EngineBlade. Yang pertama ialah Dynamic Ace di mana tenaganya yang ditumpukan dalam bentuk huruf A melalui pancungan EngineBlade ke arah musuh. Yang keduanya ialah A-Slasher di mana Kamen Rider Accel menghasilkan tiga pancungan berturut-turut yang membentuk huruf A menembusi Dopant untuk memusnahkannya.

    [sunting]Memory Gadget

    Seperti Double, Kamen Rider Accel mempunyai Memory Gadget  tersendiri, yang digerakkan oleh Gaia Memory tiruan yang digelar Giji Memory,"Pseudo Memory") yang membolehkannya bertukar daripada Mod Gajet ke Mod Langsung.
    • Beetle Phone merupakan telefon bimbit yang boleh bertukar antara Mod Telefon Bimbit dan Mod Kumbang melalui penggunaan Beetle Memory. Ia menyerupai Stag Phone, kecuali reka bentuk kumbang badak berwarna biru. Pada awal kemunculannya, Ryu Terui menggunakan Beetle Phone untuk mengintai kegiatan Agensi Penyiasatan Narumi.

    [sunting]Diablossa

    Diablossa  merupakan motosikal Ducati 999 kepunyaan Kamen Rider Accel. Ia juga mempunyai pemegang pedang EngineBlade. Namanya berasal daripada perkataan Itali iaitu "Diablo" dan "Rosso".

    [sunting]Gunner A

    Revol-Interchange Gunner A merupakan kereta kebal robotik yang menjadi kenderaan sokongan Kamen Rider Accel. AInya membolehkannya dikendalikan secara automatik dari Accel. Teknologi yang sama digunakan pada unit HardBoilder Kamen Rider Double dan bahagian hadapan unit tersebut boleh digabungkan dengan Gunner A untuk menjadi HardGunner.

    [sunting]AccelGunner

    Kamen Rider Accel BikeForm boleh bergabung dengan Gunner A untuk menjadi AccelGunner. Accel Memory dipautkan pada Gaia Cannon  untuk melepaskan tenaga yang sama dengan Maximum Drive. Ia juga dilengkapi dengan Gattling Wheel , di mana roda belakang BikeForm bertukar kepada mesingan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan